Site Loader
Kota Kinabalu, Sabah
Pengurusan Hibah Takaful: Isu dan Penyelesaiannya
Pengurusan Hibah Takaful: Isu dan Penyelesaiannya

Keputusan untuk tidak meletakkan nama penerima hibah dalam sijil takaful boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan pilihan peribadi yang berkaitan dengan perancangan kewangan dan pewarisan seseorang. Di Malaysia, banyak syarikat takaful menawarkan fleksibiliti dalam menentukan penerima hibah dalam sijil takaful. Terdapat beberapa alasan mengapa seseorang mungkin memilih untuk tidak meletakkan nama penerima hibah dalam pengurusan hibah takaful.

5 Sebab Pemilik Tidak Namakan Penerima Hibah Takaful

1. Jika pasangan meninggal dunia terlebih dahulu atau pemilik mati serentak, hibah tersebut akan terbatal dan ia akan dianggap sebagai harta pusaka. Masalah pusaka tetap tidak akan selesai.

2. Tidak ada jaminan bahawa penerima hibah akan bantu melangsaikan hutang simati.

3. Jika hibah dibuat kepada semua anak, penerimah hibah perlu diubah sekiranga berlaku kematian ke atas salah seorang anak tersebut. Isu timbul jika pemilik lupa untuk membuat perubahan. Bahagian yang tidak ada penama akan menjadi harta pusaka.

4. Jika dihibahkan takaful pada anak bawah umur 18 tahun, ibu atau bapa kandung anak akan menyimpan duit tersebut. Andai kata, balu berkahwin semula, pasangan baharu mungkin akan menggunakan duit tersebut atau jika balu meninggal dunia, pasangan baharu tersebut akan menerima duit anak simati.

5. Hibah Takaful hanya hanya memberi wang kepada waris, tetapi bukan untuk selesaikan isu pembahagian harta, rumah, tanah, duit tunai, akaun bank atau kenderaan.

5 Sebab Kenapa Hibah Takaful Perlu Dibuat Dengan Syarikat Amanah

1. Penukaran nama penerima hibah tidak perlu difikirkan kerana pemilik sijil sudah membuat arahan awal sekiranya pasangan atau anak-anak meninggal dunia sebelum pemilik sijil.

2. Syarikat amanah akan melaksanakan arahan untuk melangsaikan hutang simati sebelum agihan seterusnya dibuat.

3. Pemilik sijil boleh mengarahkan manfaat takaful diberi kepada isteri dan anak-anak. Manfaat Takaful tidak menjadi harta pusaka. Proses juga mudahkan pasangan dan anak-anak juga.

4. Pemilik sijil boleh membuat peruntukan kos peguam untuk mengurus harta pusaka seperti hartanah, kenderaan, akaun bank dan lain-lain lagi. Pasangan dan anak-anak tidak akan merasa terbeban dgn kos pengurusan pusaka selepas berlaku kematian.

5. Pemilik sijil boleh tentukan dan tetapkan kos saraan hidup balu dan anak-anak setiap bulan tanpa tertunda. Syarikat amanah akan pastikan polisi takaful isteri dan anak- anak boleh dibayar walaupun setelah ketiadaan pemilik sijil.

Kesimpulan

Membuat penamaan dengan syarikat amanah untuk menguruskan hibah takaful adalah salah satu langkah bijak dalam perancangan kewangan Islam. Pemilik sijil takaful akan mendapat kepastian, dan ketenangan fikiran kepada kedua-dua pemilik dan penerima. Mendaapatkan nasihat dari Dai’e Mawarith adalah penting untuk membuat keputusan yang bijak dalam hal ini.

Penafian
Laman web ini dihasilkan oleh Sabah Wealth Advisor mengandungi pandangan dan pendapat peribadi dan tidak mewakili komunikasi rasmi daripada mana-mana syarikat.

Post Author: Editorial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *