Site Loader
Kota Kinabalu, Sabah
Emergency fund

Samada kita pernah baca artikel ataupun mendapat nasihat dari ahli keluarga atau rakan-rakan, kita semua perlu membuat simpanan kecemasan.

Pandemik yang bermula pada tahun 2020 telah memberikan kesan yang mendalam kepada kita semua, terutama sekali dari segi ekonomi kita. Ini boleh dilihat apabila ramai pekerja yang terpaksa menerima potongan gaji, perniagaan terpaksa ditutup. Ramai juga mengeluarkan simpanan persaraan untuk meneruskan kehidupan.

Simpanan kecemasan bukanlah perkara yang baharu. Orang-orang terdahulu selalu berpesan kepada anak-anak mereka untuk menyimpan untuk hari kecemasan dan masa depan. Walau bagaimanapun, diakhir-akhir ini, semakin kurang orang menyediakan tabung kecemasan. Sebenarnya, menyediakan tabung kecemasan tidaklah susah. Anda boleh mulakannya hari.

Berapa Banyak Perlu Disimpan Setiap Bulan?

Ia terpulang kepada anda. Ramai pakar di luar menyarankan supaya dimasukan 10% dari pendapatan bersih bulanan ke dalam tabung ini. Jika anda inginkan tabung ini cepat terisi, naikkan sahaja peratus simpanan. Tetapi anda perlu juga lihat perbelanjaan anda yang lain. Jika anda sudah mempunyai komitmen yang banyak, mulakan saja dengan apa yang anda fikir boleh dibuat. Yang penting, ada mesti mulakan menabung. Tetapi jika anda baru saja memulakan alam pekerjaan, 10% dari pendapatan bersih tidaklah begitu banyak.

Berapa Besar Simpanan Kecemasan Kita Perlu Adakan?

Ramai pakar mengatakan kita perlu ada minima 3 hingga 6 bulan jumlah perbelanjaan bulanan. Secara peribadi, bagi mereka yang mempunyai kerja tetap, adakan minima 6 bulan simpanan kecemasan. Jika anda bekerja sendiri atau pemilik perniagaan, adakan 1 tahun simpanan kecemasan. Ini baru cerita minima. Jika anda inginkan lebih ketenangan, jangan berhenti pada simpanan minima sahaja.

Dimana Anda Perlu Simpan?

Rata-rata akan berfikir untuk menyimpan di dalam bank. Terdapat beberapa isi di sini. Yang pertamanya, duit tersebut senang dikeluarkan. Tidak ada masalah jika anda membuka akaun baharu untuk tujuan ini. Masalah membuka akaun baharu adalah duit simpanan tersebut akan lebih senang untuk dikeluarkan. Pulangan dari simpanan bank juga kecil, oleh itu anda akan lambat sampai kepada matlamat untuk mengadakan simpanan minima. Sebaik-baiknya anda simpan di dalam insturumen yang melambatkan anda untuk menggunakan simpanan tersebut dan memberi pulangan yang tinggi. Malabur di dalam Unit Amanah adalah salah satu cara yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda.

Kesimpulan

Sebenarnya tidak susah untuk memulakan simpanan kecemasan. Yang penting anda perlu ada disiplin untuk memulakan simpanan anda. Jika anda rasa komitmen terlalu banyak, kenal pasti perbelanjaan bulanan anda. Pasti ada perbelanjaan yang sebenarnya anda tidak perlukan. Sekiranya anda masih tidak mempunyai ruang untuk menyimpan, mungkin anda perlu membuat kerja sampingan untuk meningkatkan pendapatan anda.

Mulakan simpanan kecemasan anda walaupun jumlahnya sedikit. Orang dulu-dulu pernah berpesan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Penafian

Laman web ini dihasilkan oleh Sabah Wealth Advisor mengandungi pandangan dan pendapat peribadi dan tidak mewakili komunikasi rasmi daripada mana-mana syarikat.

Post Author: Editorial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *